KISAH GOLONGAN MASUK SYURGA TANPA DIHISAB

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

" Apabila telah datang kiamat ,maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan  disiksa,mereka ialah;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.

2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya .
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.

4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakan di jalan Allah tanpa riya'.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah S.W.T . memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid ,

" Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk syurga ?"

Berkata orang yang mati syahid ,

"Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah ."

Berkata Jibrail A.S. ,

" Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang  mati syahid ?"

Orang yang mati syahid menjawab ,

"Aku mendengarnya dari alim ulama' "

Berkata Jibrail lagi ,

"Jagalah kesopanan ,jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu,"

Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji ,

" Apakah yang kamu telah  lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk syurga ,"

Berkata yang berhaji,

" Aku telah menunaikan haji semata - mata kerana Allah ."

Berkata Jibrail A.S. ,

" Siapakah yang memberitahu kamu pahala haji ?"

Berkata yang berhaji ,

" Aku telah mendengarnya dari alim ulama',"

Berkata yang  Jibrail A.S. ,

" Jagalah kesopanan , janganlah  kamu mendahului guru yang mengajar kamu,"

Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula,

" Apakah yang kam lakukan sewaktu di dunia dulu ?"

Menjawab si penderma ,

" Aku  telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. "

Jibrail  A.S. berkata lagi ,

" Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah ,"

Berkata si penderma ,

" Aku mendengarnya dari para alim ulama',"

Maka, Jibrail pun berkata ,

"Jagalah kesopanan,janganlah kamu mendahului guru yang mengajar kamu,"

Kemudian orang alim pun berkata ,

" Ya Tuhanku , tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali sebab sifat kasih ,dermawan  dan kebaikan dermawan itu , "

Lalu Allah S.W.T.berfirman  yang bermaksud ,

" Telah  benar kata si alim itu, wahai Ridhwan , bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu . Kemudian barulah orang - orang lain masuk ,"

Nabi Muhammad S,A,W, telah bersabda ,

" Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya  di atas orang yang paling rendah di antara kamu ,"


Allah S.W.T. berfirman, maksudnya ,

" Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu ,"

Al - Hasan r.a berkata ,

" Tinta para ulama' itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang - orang mati syahid , dan tinta para ulama' akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada ."

Rasulullah S.A.W. bersabda ,

"Jadilah engkau orang alim ( yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang  yang mendengar (pelajaran ) , janganlah engkau menjadi orang yang keempat , akan rosaklah engkau ,"

Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,

 " Amal apakah yang paling utama ?"

Rasulullah S.A.W. menjawab ,

" Berilmulah tentang Al-Quran,"

Sabda Rasulullah S.A.W.  lagi,

 " Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara ,dan dari lapan lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga , iaitu ;

1. Wajah yang manis dan berseri-seri .
2. Tutur kata yang sopan .
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah S.W.T ..
4. Tangan yang dermawan .

Empat perkara bagi penghni neraka;

1. Muka masam.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang ingkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).

Sabda Rasulullah S.A.W. ,

" Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara ;

1. Dengan berilmunya para ulama'.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah .
3. Dengan orang kaya yang dermawan .
4. Dengan doanya orang yang fakir,"

Wassalam .......








Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

KHULAFA' AR-RASYIDIN

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T