BIODATA SULTAN MUHAMMAD AL - FATIH

Biodata Sultan Muhammad Al - Fatih ....


Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria).

 Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya.


 Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). 

Baginda merupakan seorang negarawan sulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan.


 Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. 


Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu.


 Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. 


Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.


Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. 

Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah.


 Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


Baginda sentiasa bersifat tawaduk.


 Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.


 Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.


 Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.


Ini Hadith yang dipegang oleh Sultan Muhammad Al- Fatih.


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Ini Nasyid Sultan Muhammad Al-Fatih .... Ketika Menakluki Kota Konstantinopel yang kini (Istanbul ,Turki)


Wassalam ....


Selamat membaca ....


Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

KHULAFA' AR-RASYIDIN

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T