Posts

Showing posts from February, 2017

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masihi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW). Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah). USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Ma