KISAH DIALOG RASULULLAH S.A.W. DENGAN IBLIS
DIALOG RASULULLAH S.A.W. DENGAN IBLIS
Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah memerintahkan kepada iblis supaya mengadap Rasulullah S.A.W kepadanya .
Maka pergilah iblis dengan menyerupai orang tua yang cantik dan bersih serta memegang tongkat bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Apabila berada di hadapan Rasulullah S.A.W . , lalu baginda S.A.W . bertanya ,"Siapakah kamu ini ?"
Berkata iblis , " Aku adalah iblis "
Tanya Rasulullah S.A.W ., " Sebab apa kamu ke mari ?"
Iblis menjawab ," Aku ke mari adalah atas perintah allah yang menyuruh aku menjawab setiap pertanyaan mu kepada ku ."
Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya , " Wahai iblis , berapa banyakkah musuhmu dari umatku ?"
Berkata iblis ," Musuhku dari umatmu ada 15 , antaranya:
1. Engkau sendiri adalah musuhku .
2. Imam / pemimpin yang adil .
3. Orang kaya yang merendahkan diri .
4. Peniaga yang jujur .
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk .
6. Orang mukmin yang memberi nasihat .
7. Orang mukmin yang sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain .
8. Orang yang segera bertaubat .
9. Orang yang menjauhkan diri dari apa - apa yang telah diharamkan .
10. Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci .
11. Orang mukmin yang sangat suka bersedekah
12. Orang mukmin yang baik budi pekertinya
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain
14. Orang yang sentiasa membaca dan menghafal Al-Quran
15. Orang yang mengerjakan sembahyang di waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur ."
Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, " Wahai iblis , berapa banyakkah temanmu dari umatku ?"
Berkata iblis ," Umatmu yang menjadi temanku ada 10, iaitu:
1. Hakim yang tidak berlaku adil .
2. Orang kaya yang sombong .
3. Peniaga yang tidak jujur (khianat).
4. Peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan .
6. Orang yang mengumpulkan harta melalui riba .
7. Orang yang makan harta anak yatim .
8. Orang yang selalun melengah -lengahkan solat dan sering meninggalkan solat .
9. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat .
10. Orang yang berangan-angan tinggi .
Kesemua mereka ini adalah temanku yang paling rapat dan mereka ini menjadi teman setiaku .'
Oleh itu , saudara pembaca ,berhati-hatilah dengan 10 perkara yang diterangkan kerana kemungkinan besar kalau kita silap langkah , kita juga akan menjadi teman iblis yang dilaknat .
Allah memberi kita kekuatan melalui bersembahyang dan menunaikan segala perintah-NYA . Oleh itu, jadilah seorang yang taat mengerjakan suruhan - NYA agar akan sentiasa disayangi oleh allah dan sekelian makhluk , insya Allah . Sebaliknya orang yang derhaka akan disukai dan disayang oleh iblis .
SESUNGGUHNYA hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon perlindungan .
WASSALAM DAN NA'UDZUBILLAHI MIN DZALIK ....
Comments
Post a Comment