KHULAFA' AR-RASYIDIN
Assalamualaikum semua ...
pada pagi ini saya akan kongsikan satu tajuk yang saya sangat gemar sejak kecil lagi ... mereka nilah akan menjadi tokoh atau model dulu .. haha...
Khulafa' Ar-Rasyidin terdiri daripada :
a) Saidina Abu Bakar As-siddiq
b) Saidina Umar Al-khattab
c) Saidina Usman Affan
d) Saidina Ali bin Abi Talib
pada pagi ini saya akan kongsikan satu tajuk yang saya sangat gemar sejak kecil lagi ... mereka nilah akan menjadi tokoh atau model dulu .. haha...
Khulafa' Ar-Rasyidin terdiri daripada :
a) Saidina Abu Bakar As-siddiq
b) Saidina Umar Al-khattab
c) Saidina Usman Affan
d) Saidina Ali bin Abi Talib
okey , kenapa saya nukilkan topik ini .. hal ini kerana setelah kita kenal siapa Rasulullah S.A.W .. kita kena kenal pulak siapa para sahabat yang rapat dengan baginda .. jika kita telusuri sirah nabi dan para sahabat lagi best daripada drama-drama di tv ... hihi...
begini , kita start dengan khalifah yang pertama ...
SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Abu Bakar As-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi.
Nama sebenar:- Abdul Kaabah bin Usman. / Abu Quhafah bin Abdulullah
keturunan :- Bani Tamim.
Gelaran :- As-Siddiq
( beliau sentiasa membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.)
Nama Ibu beliau :- Salma binti Shakhar atau Ummu Khair yang bererti ibu yang baik.
Sejarah kekhalifan :-
Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 632 M.
Beliau meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13 H bersamaan 23 Ogos 634 H akibat demam.
Semasa berhijrah dari Makkah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar sebagai teman dalam perjalanan. Mereka bermalam di Gua Thur.
Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW.
Ketika Nabi Muhammad SAW sakit, baginda melantik Abu Bakar menjadi imam. Disebabkan itu, selepas nabi Muhammad SAW wafat, baginda dilantik menjadi khalifah.
Walaupun Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memerintah dua tahun tiga bulan sepuluh hari sahaja namun sudah menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi.
Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman, beliau menumpukan perhatian kepada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat Islam.
Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq :-
- mengumpulkan semua ayat-ayat Al-Quran.
( Ini berlaku selepas ramai penghafaz ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam akan kehilangan ayat-ayat suci Al-Quran itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar Al-Khatab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat Al-Quran. Itulah kitab suci Al-Quran yang dikenali sehingga hari ini.)
Walaupun Khailifah Abu Bakar as-Siddiq memegang tampuk pemerintahan Islam, namun beliau memilih hidup sederhana. Beliau tetap meluangkan masa pergi membeli barang-barang keperluan keluarganya dan menjadi imam solat di Masjid Nabi Madinah.
Sebelum meninggal dunia, beliau sempat meninggalkan wasiat dengan melantik Umar al Khattab sebagai penggantinya.
Dengan ini dapat mengelakkan perebutan kuasa selepas kematiannya.
okey , kita masuk ke biodata khalifah yang kedua - yang mana pemerintahannya sungguh biaksana dan tegas dalam menegakkan syariat islam dan dimana islam berjaya menakluki 2/3 dunia ...
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Nama : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
Keturunan : Bani Adi,Quraisy
Tarikh Lahir : 584 Masihi (13 tahun selepas Kelahiran Rasulullah SAW)
Tempat Lahir : Mekkah al-Mukarramah
Tarikh Menjadi Khalifah : Selasa, 22 Jamadilakhir 13 Hijrah,
bersamaan 23 Ogos 634 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 10 tahun 6 bulan
Tarikh Wafat : Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah( 63 tahun )
Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh hamba Majusi berbangsa Parsi
bernama fairuz(Abu Lu’lu’ah)
Gelaran : Al-Farouq(pemisah antara hak dan batil)
SIFAT PERIBADI:-
1.BERANI:-
•Sebelum memeluk Islam, diberi kepercayaan oleh kaum
Quraisy menentang dakwah Rasulullah SAW.
•Semasa memeluk Islam (33 tahun), beliau mengisytiharkan
pengisalaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar.
2.BERANI MENEGAK KEBENARAN :-
• Sesudah memeluk Islam, Contohnya, semasa hendak berhijrah
ke Madinah beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya
secara terbuka.
JASA DAN PENGORBANAN UMAR AL-KHATTAB:-
PENTADBIRAN:-
•Mengemas kini Majlis Syura.
•Mengasas jabatan pentadbiran (jabatan cukai dan harta,
jabatan persuratan dan ketenteraan)
•Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran.
•Mengasaskan undang-undang hisab.
•Mengasaskan takwim islam.
DAKWAH :-
• Penyebaran dakwah secara berleluasa
di wilayah baru (parsi-Mesir-Rom).
• Melatih gabenor di wilayah baru bagi
melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwah.
• Menghantar para ulama ke serata tempat
untuk menyebarkan dakwah.
PEMBANGUNAN NEGARA :-
• Mengemaskini institusi Baitulmal
• Penerokaan kawasan baru untuk pertanian
dan membina saliran air
• Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir
• Membina sekolah untuk mengajar dan mendidik
anak orang yang baru memeluk islam
TELADAN :-
• Keperibadian Mulia Saidina Umar
• Sikap Berani Tegas demi kepentigan islam
• Istiqamah dengan pekerjaan yang diredhai Allah
• Berwaspada terhadap musuh
okey , jom kita masuk pula ke biodata khalifah yang ketiga ... yang dikenali perwatakannya pemalu dan dermawan .
SAIDINA USMAN AFFAN
Nama Penuh : Uthman Bin Affan Bin Abu Al-'As Bin
Umaiyah.
Keturunan : Bani Umaiyah.
Tarikh Lahir : 576 Masihi iaitu 6 tahun selepas
" Tahun Gajah".
Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh Lantikan Khalifah :- pada 644 Masihi Bersamaan 23 Hijrah.
Tempoh Pemerintahan : 12 Tahun.
Tarikh Kewafatan : 18 Zulhijjah 35 Hijrah.
Gelaran : " Zu Nurain" ( Yang mempunyai dua
cahaya kerana telah memperisterikan
dua puteri Rasulullah S.A.W )
KISAH KEISLAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:-
- Uthman adalah antara golongan yang mula-mula
memeluk islam.
- Sejak kecil beliau telah berbudi pekerti mulia dan
luhur ,oleh itu beliau mudah menerima islam.
- Seorang yang tegas yang hanya akan menerima
kebenaran dan menolak kebatilan.
- Beliau menerima islam melalui dakwah yang
telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar
As Siddiq R.A
SIFAT PERIBADI SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:-
- Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan
meninggalkan segala kemewahan, kesenangan
dan sanak saudara demi menyahut seruan Allah
dan Rasul.
- Beliau banyak melakukan ibadat sunat seperti
Qiyamul Lail,puasa sunat dan membaca Al-Quran.
- Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik
ketika bercakap walaupun dengan musuh.
- Memiliki sifat malu dan lemah-lembut serta
bercakap dengan sopan.
- Memiliki sifat Khauf (takut) kepada Allah S.W.T
SIFAT DERMAWAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:-
- Membeli telaga "Raumah" dengan harga 35 000
Dirham dan mensedekahkannya untuk kegunaan
orang ramai.
- Membeli sebidang tanah bagi membesarkan
Masjid Nabawi.
- Memerdekakan hamba pada hari Jumaat setiap
minggu.
- Menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10 000
dinar untuk pembiayaan Tentera Islam dalam
Peperangan Tabuk.
SEMANGAT JIHAD SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:-
- Keimanan yang kukuh terhadap Allah S.W.T
- Sayangkan islam.
- Minat yang tinggi untuk berdakwah.
- Memiliki kekayaan.
- Semangat Daya Saing.
- Sayangkan Negara Islam.
SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:-
Politik
1. Menubuhkan angkatan Tentera Laut.
2. Menjadi utusan Rasulullah S.A.W dalam
Perjanjian Hudaibiyah.
Ekonomi
1. Menyumbangkan harta yang banyak dijalan
Allah S.W.T
2. Berjaya membentuk masyarakat yang mantap
ekonominya.
Sosial
1. Memperkenalkan sistem protokol.
2. Berjaya menawan hati rakyat dengan sifat
beliau yang lemah-lembut.
- Sumbangan Saidina Uthman yang terkenal
sehingga kini ialah mengumpulkan dan
membukukan Al-Quran.
- Al-Quran yang dikumpulkan dizaman Saidina
Uthman dinamakan Mashaf Uthmani.
DAKWAH DAN PENYEBARAN ISLAM:-
- Tubuhnya sebuah Suruhanjaya.
- Terlantiknya Zaid Bin Tsabit sebagai Pengerusi
Suruhanjaya dengan dibantu oleh Abdul Rahman
Bin Harith dan Abdullah Bin Zubair.
KONFLIK PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:-
- Enam tahun pertama pemerintahan Saidina
Uthman dianggap aman manakala enam tahun
terakhir pula dianggap huru-hara.
- Fitnah berlaku kerana ekoran tohmahan yang
dibuat oleh Puak Yahudi dan Golongan Munafik.
- Puak Munafik diketuai oleh Abdullah Bin Sabak.
- Saidina Uthman dituduh tidak adil dan tidak telus
dalam pemerintahannya.
- Uthman menghantar Pegawai penyiasat ke
Kufah, Mesir, Basrah dan Syam.
- Beliau membuka pintu perbincangan dengan
rakyatnya serta memanggil gabenor untuk disoal jawab
TAMADUN:-
Uthman seorang tokoh korporat yang berjaya kerana usahanya yang bersungguh-sungguh dan keberkatan yang ada pada hartanya.Sebagai contoh, Uthman terkenal dengan Sifat Dermawan yang tinggi dan bersifat zuhud, iaitu mencintai kehidupan akhirat lebih daripada mencintai kehidupan dunia.Dengan ini, Kita semua haruslah mencontohi sifat peribadi dan semangat jihad yang ada pada diri Saidina Uthman Bin Affan.
okey , last sekali , kita masuk ke biodata khalifha yang keempat .. yang dikenali sebagai seorang pemuda terawal memasuki islam ..
SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
Keturunan : Bani Hasyim
Tarikh Lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi
Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah
Hubungan : Sepupu Nabi sebelah bapa
Tarikh Menjadi Khalifah : Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 4 tahun
Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi
Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah
Gelaran : Abu Hasan / Abu Turab
SIFAT PERIBADI:-
•Bersikap adil
•Bijaksana
•Berwawasan
•Pintar
•Berfikiran luas
•Berusaha mencari ilmu
•Berani menegakkan kebenaran
•Terbuka
•Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT
•Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT
KELUARGA RASULULLAH SAW:-
•Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW
•Adalah sepupu dan menantu Rasulullah
•Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda
•Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah
•Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah
KANAK-KANAK PERTAMA:-
MEMELUK ISLAM:-
•Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun
•Kanak-kanak pertama memeluk Islam
bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana
beliau tidak pernah menyembah berhala
•Tidak pernah dikotori keburukan jahiliah
•Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah
•Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga
SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG:-
•Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman
•Sehingga digelar ‘gedung ilmu’
PEMUDA YANG BERANI:-
•Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang
•Menggunakan pedangnya bernama ‘Zulfakar’ dan
menyertai hampir semua peperangan menentang
musyrikin kecuali peperangan Tabuk.
•Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan
satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama
Amru bin Wahid.
•Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.
PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF:-
•Dilantik oleh Rasulullah menjadi hakim di Yaman.
•Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah.
•Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.
•Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-syurtah’
•Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum
ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.
PENGORBANAN DAN JASA ALI ABI TALIB :-
•Jurutulis Perjanjian Hudaibiah.
•Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq).
•Mengembangkan ilmu Islam.
•Pensihat dalam bidang kehakiman kepada
ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin.
•Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara
•Menjadi hakim di Yaman.
•Penulis wahyu.
•Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.
SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI
ZAMAN PEMERINTAHAN :-
•Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafik yang
diketuai oleh Abdullah bin Saba’
•Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang
diketuai oleh Saidina Ali
•Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali mencapai
kata sepakat dengan kumpulan Saidina Talhah dan Saidina
Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafik
membuat perancangan jahat untuk mencetuskan
peperangan antara kedua belah pihak
Tq for information 😋😍
ReplyDeletethankyouuu😍
ReplyDeleteMacehhh
ReplyDelete