BERBAKTI KEPADA IBUBAPA LEBIH BAIK DARIPADA IBADAT 2 JUTA TAHUN

 Anas bin Malik r.a. telah berkata bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W . lapan soalan , sebagaimana berikut iaitu :


1. "Ya Rasulullah S.A.W.,yang manakah lebih engkau suka ,yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 100 rakaat ? "

Sabda Rasulullah S.A.W. : " Sepotong roti yang engkau sedekah adalah lebih saya suka dari sembahyang sunat 100 rakaat ."

2. "Ya Rasulullah S.A.W., yang manakah engkau lebih suka antara menunaikan hajat seorang Muslim atau sembahyang sunat 1,000 rakaat ?"


Sabda Rasulullah S.A.W. : " Menunaikan hajat seorang Muslim lebih saya sukai dari sembahyang sunat 1,000 rakaat ."

3. " Ya  Rasulullah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang sunat 2,000 rakaat ?"


Sabda Rasulullah S.A.W .: " Meninggalkan sesuap makanan haram adalah lebih saya sukai dari sembahyang  sunat 2,000 rakaat ."

4. " Ya Rasulullah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari  meninggalkan ghibah atau sembahyang sunat 10,00 rakaat ?"

Sabda Rasulullah S.A.W.:" Meninggalkan ghibah (MENGUMPAT ) lebih saya sukai dari sembahyang 10,000 rakaat ."

5. "Ya Rasulullah S.A.W., yang manakah lebih engkau suka, yakni menunaikan keperluan seorang wanita janda atau sembahyang sunat 30,000 rakaat ?"

Sabda Rasulullah S.A.W: " Menunaikan keperluan seorang wanita janda lebih saya sukai dari sembahyang 30,000 rakaat ."

6. " Ya Rasulullah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai daripada duduk dengan anak,isteri dirumah atau di masjid ?"

Sabda Rasulullah S.A.W.:" Duduk sesaat anak ,isteri lebih saya sukai dari i'tikaf dalam masjiku ini ."

7. " Ya Rasulullah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai , yakni membelanjakan  wang untuk keluarga atau nafkahkan untuk jihad fisabilillah /"

Sabda Rasulullah S.A.W.: Satu dirham untuk belanja keluarga lebih saya suka dari 1,000 dirham dibelanjakan untuk jihad fisabilillah ."

8. " Ya Rasulullah S.A.W., yang manakah lebih engkau suka dari berbakti kepada orang tua atau ibadat 2 juta tahun ?"

Sabda Rasulullah S.A.W.:" Ya Anas , telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (PALSU) , sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah , oleh itu berbakti kepada ibubapa itu lebih saya suka daripada ibadat 2 juta tahun ."

Wahai  saudara - saudaraku , lapan soalan yang dikemukakan oleh Anas r.a kepada Rasulullah S.A.W., bukan semata - mata  untuk pengetahuan Anas r.a sahaja , sebaliknya ia ditujukan  kepada semua umat Rasulullah S.A.W.

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

KHULAFA' AR-RASYIDIN

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T