KARANGAN DISIPLIN MURID


DISIPLIN MURID

Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi ialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi.

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Murid-murid ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti berbuat bising di dalam kelas, bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini dapat mengelakkan mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu pelajaran mereka seperti di denda oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan cemerlang dalam pelajaran. Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan mencerahkan masa depan mereka.

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta rakan-rakan. Oleh itu, murid-murid ini akan dipilih sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna kepada mereka sebagai pemimpin di masa hadapan.

Kesimpulannya, mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada murid-murid. Murid yang berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri. Oleh itu, amalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

KHULAFA' AR-RASYIDIN

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T