Posts

Showing posts from 2012

BACAAN AL-QURAN - SYEIKH ALMISHARY AFASY

Image
Mari lah sama -sama kita mendengar bacaan AL-QURAN  daripada SYEIKH ALMISHARY AFASY......                                                 SURAH AL- MULK                                                SURAH AS-SAJADAH                                                SURAH AL-BAQARAH                                                                                                ...

LIRIK LAGU I LOVE YOU SO ALLAH - MAHER ZAIN

Lirik lagu I love you so Allah  - Maher Zain . I pray to God My heart, soul, and body Every single day of my life With every breath I solemnly promise To try to live my life for you O Allah, You did revive my soul And shone Your light into my heart So pleasing You is now my only goal Oh I love You so I love You so (I love You so) [Chorus:] Now I know how it’s like To have a precious love in my life Now I know how it feels To finally be at peace inside I wish that everybody knew How amazing it feels to love You I wish that everyone could see How Your love has set me free Set me free and made me strong O Allah, I’m forever grateful to You Whatever I say could never be enough You gave me strength to overcome my uncertainties And stand firm against all the odds You are the one who did revive my soul You shone Your light into my heart So pleasing You is now my only goal Oh I love You so I love You so (I love You so) [Chorus] My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – ...

KISAH GOLONGAN MASUK SYURGA TANPA DIHISAB

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : " Apabila telah datang kiamat ,maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan  disiksa,mereka ialah; 1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya. 2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya . 3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan. 4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakan di jalan Allah tanpa riya'. Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah S.W.T . memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka. Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid , " Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk syurga ?" Berkata orang yang mati syahid , "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah ." Berkata Jibrail A.S. , " Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang  mat...

BIODATA SULTAN MUHAMMAD AL - FATIH

Image
Biodata Sultan Muhammad Al - Fatih .... Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria).  Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya.  Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel. Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481).  Baginda merupakan seorang negarawan sulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan.  Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout.  Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun. Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu.  Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA.  Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang takti...

MUSLIMAH SEJATI

Image
Wanita solehah itu aurat dijaga,                                                     Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri                                       Seindah hiasan di dunia ini. Rasulullah bersabda, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" . (HR Muslim). Rasulullah bersabda, "Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu" . (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim ) "wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga.dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi solehah?"  so...

PERCUTIAN DI PULAU LANGKAWI

Image
Ini gambar di  taman  lagenda langkawi  bersama cikgu Siti Minah... Ini gambar guru -guru pengiring .. Ini gambar kawan - kawan

KARYA " ATHEIST "

 Iman hidup merantau. Jauh daripada pangkuan keluarga tersayang . Tugas sebagai seorang pendidik, mengajar iman untuk lebih tabah menghadapi liku-liku hidup sebagai seorang  'Sensei' " Zacheus , come and take your book.".  " Yes, thank you sensei. " . Iman leka menulis nota - nota di papan putih sehinggakan dia tidak sedar ucapan penghargaan daripada salah seorang anak didiknya itu .  Penuh satu papan putih dikarang  dengan campuran dakwat hitam dan biru . Dengan lafaz " Bismillahirrahmanirrahim" , Iman memulakan penerangannya . Hasrat Iman hanya satu , agar anak didiknya mampu memahami apa yang dia ajarkan . Walaupun tidak sepenuhnya , sekelumit pun cukup bermakna buat Iman . Sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung di bilik darjah . Iman melepaskan pandangan ke arah salah seorang anak didiknya .   " Zacheus , what are you looking at ?" Zacheus masih melihat ke arah langit . Soalan Iman dibiarkan tanpa jawapan .  "...

SEBUAH PERSAHABATAN AKRAB

Image
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan , setiap perpisahan pasti ada pertemuan   INI GAMBAR KAMI SEMUA WAKTU DI LANGKAWI....... SAYA MEMPERKENALKAN DARI KIRI ...: 1. NUR AISYAH  ROSLAN 2. NUR AMIRAH  ISMAIL 3. NURUL ANIS SHUHADA JOHARI 4. SUHAILAH RAMLI 5. NUR ATHIRAH FAQIHAH MOHD SHARIFF 6. NURUL FATIHAH SANUSI 7. NUR AQILAH SUFFIAN 8. AINUL HUSNA MOHD NIZAM 9. RABIATUL ADAWIYAH  MOHD HAMKA 10. NUR IZZATI RAMLI Merekalah kawan sejati saya dari kecil hingga besar dan di dunia dan akhirat .... semoga persahabatan kami sampai bila - bila.... Ini gambar sewaktu kami berada di cable car ....... sejuk kawasannya 

LIRIK LAGU KAU KAWAN SAHABAT DAN TEMAN - UNIC

LAGU KAU KAWAN SAHABAT DAN TEMAN  Ketika mula bertemu Terasa bagai telah lama bersua Kau sambut hulur tanganku Bertegur sapa penuh mesra Masa terus berlalu Dan kita tetap seiringan berjalan Menempuh onak liku Lalui semua suka dan duka bersama Biarlah apapun rahsia Dan kelemahanmu tetap engkau temanku Riangnya saat kita ketawa Asyik senda dan bercerita Walau sesekali pandangan kita berbeza Andainya tetap serupa Adakalanya kita juga saling terluka Namun di akhirnya kita tetap bersama Dan kini dipisahkan dua benua Saling mengejar cita Tak pernah ku lupakan Detik yang indah bersamamu temanku Ketika mula bertemu Terasa bagai telah lama bersua Kau sambut hulur tanganku Bertegur sapa penuh mesra Masa terus berlalu Dan kita tetap seiringan berjalan Menempuh onak liku Lalui semua suka dan duka bersama Biarlah apapun rahsia Dan kelemahanmu tetap engkau temanku Riangnya saat kita ketawa Asyik sen...

KARANGAN DISIPLIN MURID

DISIPLIN MURID Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi ialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Murid-murid ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti berbuat bising di dalam kelas, bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini dapat mengelakkan mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu pelajaran mereka seperti di denda oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya. Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan cemerlang dalam pelajaran. Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sunggu...

LIRIK LAGU MENUJU WAWASAN -UNIC

MENUJU WAWASAN - UNIC Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat Kuat usaha jujur dan amanah Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga doa sebagai senjata umat islam sentiasa boleh umat islam zaman lampau taat perintah Rasulullah bersama berusaha bersatu tujuan wawasan wawasan dunia dan akhirat aqidah ibadah harus sempurna ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan ulama' warisan ambiya' pegangan mereka harus diikuti ajaran sesat wajib hindari umat islam harus cemerlang hari ini umat islam sentiasa boleh akhirnya islam cemerlang seluruh dunia  

ADAB MEMULIAKAN TETAMU

S alam silaturrahim buat semua pengunjung laman ini. Terima kasih kerana dirimu cukup setia mengikuti perkembangan laman ini. Tiada kata indah yang dapat ku ucapkan hanyalah “berterima kasih” kerana sudi membaca hasil karyaku walaupun tak seberapa namun dirimu tetap menjadi sahabat setia laman ini. Pada malam yang damai ini, terdetik dihatiku ingin berbicara sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang pandang remeh tentang satu hal yang sangat dituntut oleh agama kita Islam. Oleh itu, bicara pada malam ini adalah berhubung dengan akhlak dan adab kita ketika melayan tetamu sama ada tetamu itu di rumah, di pejabat dan sebagainya. “Adakah sebelum ini aku melayan tetamu-tetamu yang hadir ke rumahku dengan baik?”. “Adakah aku mengikuti adab-adabnya sepertimana yang dianjurkan oleh agamaku Islam?” Inilah persoalan yang timbul dibenak fikiranku ketika ini. Mungkin juga dirimu berfikir persoalan yang sama. Justeru itu, pada kesempatan ini aku memohon ampun dan maaf kepada mereka...

ADAB DENGAN IBUBAPA

Image
10  ADAB DENGAN IBUBAPA KITA Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya. Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab. Segera menjawab panggilan mereka. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan ). Mendoakan keampunan bagi mereka. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah. Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya. Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat. Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.

GAMBAR- GAMBAR KENANGAN (SERU)

Image
Ini gambar guru-guru Sekolah Rendah Ummi (SERU) GAMBAR PELAJAR( SERU)  THP 1 THP2 

SAJAK PALESTINA

Image
Ketika Seorang Ibu Palestina Melahirkan Anaknya ( Sajak ini ditulis untuk mengenang terbunuhnya Shafia , anak paletina berumur 3 tahun yang ditembak tentera israel beberapa hari setelah tertembaknya Muhammad Al Dorrah ) Ketika seorang ibu palestina melahirkan anaknya Ia lantunkan suara azan di telinga kanannya Dan panggilan iqamah di telinga kirinya Lantas ia tanamkan sebuah pesan suci dalam hatinya Anakku , ayuh sebut nama Allah Cepatlah bangkit , ambillah syurgamu , ambillah mahkotamu  Yang dirampas ular bersisik bintang syaitan bernama israel durhaka Anakku , Ular itu menjijikkan ibumu , Ular itu menjijikkan seluruh umat manusia Ular itu meresahkan dunia Cepat bunuh dia , rejam dia dengan batu - batu neraka " Anakku ,ayuh sebut nama Allah , Cepatlah bangkit , ambil batu - batu itu rebutlah syurgamu ,rebutlah mahkotamu Jangan ragu !!! Jika kau mundur setapak saja Melawan Israel durjana Yang telah berabad -abad menjadi musuh Tuhanmu ...