KEMBARA MENCARI REDHA ILLAHI

Assalamualaikum... sudah sekian lama saya x updated post .. dan  hari ini saya ingin mengupaskan satu topik yang membawa segala penghayatan dan penelitian dalam kehidupan kita...


Acapkali orang mengatakan "mencari redha illahi " . tetapi adakah kita mengerti apakah makna disebaliknya .. atau kita bicarakan saja tanpa memahaminya terlebih dahulu ..

.mari kita bersama -sama  singkapkan pernyataan ini dlm sanubari kita malahan pada setiap percakapan dan perbuatan kita ...

mencari redha illahi adalah bermaksud :-

* mendapatkan rahmat dan kasih syg allah
* melakukan segala perkara yang allah suruh dan meninggalkan perkara yg allah larang
* menyuruh melakukan amar makruf dan nahi mungkar

oleh itu , sebagai seorang muslim kita seringkali didekati dengan konsep uluhiyyah dan rububiyyah ..
dan konsep ini kita akan selalu belajar dari kecil sehinggala besar .. hal ini kerana , supaya kita tidak lupa akan Allah yang maha Esa dan maha pengasih (99 nama allah)..

ok, apabila kita mencari redha illahi , pada minda kita. kita akan setkan allah adalah cctv aku ..
hal ini disebabkn kita ingin merasakan muraqabah allah itu dekat dgn kita ..jika kita x rasakan begini .. kita akan mudah melakukan maksiat kepada allah S.W.T .. percayalah wahai sahabat sekalian ... jika kita merasakan ada sesuatu yang memerhatikan setiap gerak geri kita .. kita  akan rasa something yang takut dn malu ...kn.. begitu jugalah Allah .. apabila kita meletakkan Allah adalah perkara yang utama dlm kehidupan kita .. kita x kn mudah jatuh ke lembah maksiat ..

tetapi kdgkala, apabila iman kita lemah , kita akan jatuh juga  mungkin sekali .. kita kn  manusia .. sentiasa melakukan kesalahan ... x da sapa pun yang maksum kecuali nabi muhammad S.A.W sahaja... jadi , apabila kita dah jatuh , cari Allah balik ...(bertaubat) .. minta kpd allah ..rayu kpd allah ..lepastu berubah ... kerana setiap ujian ayag allah beri itu berdasarkn kemampuan kita .. kita sapa nak menentukan ujian ata dugaan seseorang itu berat atau ringan .. kerana kita yg merasakan bukan orang lain.. jgn termakan dgn kata2 orang lain .. perccayakn diri .. berganung haraplah pada Allah ..kerana Dia sahaja yang dapat menyelesaikn masalah kita .. kesulitan kita... bila kita buat satu kesilapan (was was) minta pada allah ... jfn fikir logik kita... x kan bermaksud apa2 pun pd kita .. setiap masalah yg dihadapi .. mengadulah pada allah .. sesungguhnya allah tempat mengadu dan Allah jugalah sentiasa ada jalan keluar .. klo x kepada Dia .. kpd sapa lagi .. mak ayah .. x membantu kita sangat .. kadang kadang kpd perkara yg memerlukan .. kadang -kadang kita merasakan x da sapa pun yg faham kita.. yakinlah bahawa allah  sentiasa faham kita ...


oleh didebabkan itu, saya ingin mengatakan bahawa cinta /suka /love/muhabbah atau apa apa saja perkatan sayang dan cinta itu letakkan kepada yang utama iaitu ALLAH .. hal ini kerana, kita x kn mudah rasa kecewa .. murung..patah hati... dan sebagainya... letakkan Allah itu yg utama .. in sha allah ... kita sentiasa dibawah lindungan rahmatNya..

bertaubatlah selagi ada kesempatan ...

menangislah selagi ada peluang ...

kerana pintu pengampunan Allah itu luas seperti lautan yang besar yang tiada penghujungnya ..saksikanlah ciptaan Allah yang menunjukkan segala kekuasaaan ALLAH....bercouple lah dgn Allah .. x kn ada sapa pun yg nak halang .. bila kita dekat dgn Allah kita kaan dapat kemanisan iman dlm diri kita .. kita x kn rasa gundah gulana ... resah gelisah ...kerana kita sentiasa berada dekat dgn Allah ... apabila kita jauh dgn allah .. byk perkara yg kita rasa x settle ... mcm 2 perkara yg kita fikirkan ...

So, marilah sama kita bermuhasabah diri balik ... adakah selama ini segala perbuatan kita diiringi niat kerana allah ... kita renungkan balik ... selagi kita masih hidup di muka bumi allah .. sangat luas nilai pengapunann kerana setelah kita memasuki alam barzakh .. disitu tiada lagi tempat untuk kita memohon keampunan Allah ... hanya yang tinggal menentukan tempat halatuju kita yang terakhir mungkin NERAKA atau SYURGA....jgn mudah menghukum orang .. kerana mungkin di masa lalu dia teruk .. mana kita tahu mungkin dia lebih baik dari sangkaan kita ..atau mungkin di masa lalu dia baik ..mana kita tahu juga dia lebih teruk dari sangkaan kita..
oleh itu jangan kita  mudah berprasangka buruk dan menilai kesalahan orang lain .. TETAPI nilai lah diri sendiri .. cari lah kesalahan  sendiri bukan mencari kesalahan orang lain ..

 adakah kita dpt masuk SYURGA ALLAH ..???

adakah kita sudah mendapat redha Allah ????

renung- renungkanlah dan selamat beramal...


marilah kita sama- sama merafa'kan cinta kita kpd Allah S.W.T .. dan sama sama kita mendapatkan redha ALLAH ..

ingat !!! letakkan Allah di hati ... selamat dunia akhirat .. in sha allah

wallahua'lam



Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

BIODATA KHALID AL-WALID - WIRA PERKASA

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T