BIODATA KHALID AL-WALID - WIRA PERKASA

ASSALAMUALAIKUM .......

Saya nak kongsikan degan anda semua tentang wira islam yang hebat dan perkasa ...


RIWAYAT HIDUP 

NAMA PENUH BELIAU IALAH KHALID BIN AL- WALID BIN AL- MUGHIRAH .

KETURUNAN BELIAU  ADALAH BANI MAKHZUM .

NAMA AYAH BELIAU IALAH AL-WALID BIN AL-MUGHIRAH AL-MAKHZUM .

AYAH BELIAU MERUPAKAN TOKOH TERBILANG BANI MAKHZUM .

NAMA IBU BELIAU IALAH LABABAH BINTI AL-HARITH ( SAUDARA KPD ISTERI RASULULLAH S.A.W IAITU MAIMUNAH BINTI AL-HARITH) .

KHALID ALWALID DILAHIRKAN DI MEKAH PADA TAHUN 592 MASIHI.  

 BELIAU MERUPAKAN PANGLIMA PERANG ISLAM YANG KUAT DAN HANDAL .

BELIAU MENDAPAT  GELARAN  *SAIFULLAH* (PEDANG ALLAH )  KERANA TANGKAS BERMAIN PEDANG .

BELIAU WAFAT PADA TAHUN 21 HIJRAH KETIKA BERUSIA 60 TAHUN .

MAKAM BELIAU DITEMPATKAN DI HAMAS ,SYRIA .


SIFAT PERIBADI 

A) BERANI 
B) BERTANGGUNGJAWAB 
C) TAWADUK (MERENDAHKAN  DIRI )
D) TEGAS 
E) BERJIWA BESAR 
F) BERDISIPLIN 

SUMBANGAN KHALID AL-WALID 

* MENJADI PANGLIMA TENTERA ISLAM DALAM PERANG YARMOUK DI JORDAN .

* MENJADI PANGLIMA TENTERA DALAM PERANG FATHU MEKAH (PEMBUKAAN KOTA MEKAH ) 

* MEMIMPIN TENTERA ISLAM MEMERANGI ORANG MURTAD DALAM PERANG YAMAMAH 
DI YAMAN KETIKA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ .

*BERJAYA MENGGUNAKAN STRATEGI BERKESAN MENEWASKAN TENTERA MUSUH SERAMAI 2000.000 ORANG DALAM PEPERANGAN MUT'AH DI JORDAN MANAKALA  TENTERA ISLAM SERAMAI 3,OOO ORANG SAHAJA.


KISAH KHALID AL-WALID 

Dalam satu peperangan pada zaman Sayyidina Umar Al Khattab dilantik menjadi Khalifah, perkara pertama yang 

dilakukan oleh Sayyidina Umar Al Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid Al Walid.

Khalid Al Walid hanya tersenyum, terus menanggalkan serban yang melambangkan Panglima Islam dan menyerahkannya 

pada Abu Ubaidah. Sebahagian Tentera  muslim  yang lain seakan tidak berpuas hati dengan keputusan Umar.

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasulullah  S.A.W dengan melucutkan jawatan Khalid Al Walid? Siapa Umar 

untuk melucutkan jawatan Panglima Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia ?" kata ahli Tentera Muslim 

yang tidak berpuas hati.

Khalid Al Walid masih tersenyum..

"Apakah perbezaan antara  aku sebagai seorang  Panglima dan  aku  sebagai tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih

 boleh membunuh musuh kafir? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah perintah  pemimpin."

 tenang sahaja beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid Al Walid, Tentera Islam mendiamkan diri. Tetapi  di  hati masih penuh

 dengan rasa kurang berpuas hati.

Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan ummat Islam.

Sayyidina Umar hanya buat tidak tahu pada awalnya. Tetapi apabila fitnah semakin besar , Umar pun berkata, 

"Aku melucutkan jawatan Khalid Al Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik kepada allah S.W.T."

Mereka bertanya, "Kenapa pula  kami boleh berlaku syirik kepada allah S.W.T jika  dipimpin Khalid Al Walid?"

Lantas jawab Sayyidina Umar,

"Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan Tentera Islam adalah kerana pimpinannya,

 bukan kerana bantuan Allah."

[Sejak peristiwa ini , Sayyidina Umar digelar Tobibul Qulub]

Ketika Khalid sedang uzur, Sayyidina Umar datang kepadanya.

“Khalid Saifullah [pedang Allah], aku sesekali tidak pernah berdendam denganmu, jauh sekali dari hatiku untuk 

menjatuhkan kedudukanmu. Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu

 denganmu wahai sahabat, tetapi engkau tidak tahu, tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk 

Madinah  telah tersenyum gembira dan ada diantara mereka seakan-akan mengagungkanmu, jika engkau pimpin  pasti 

kemenangan milik Islam, kata sesetengah dari mereka.

Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatanmu wahai sahabat,” ujar 

Sayyidina Umar Al Khattab, mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Suatu ketika, seorang sahabat datang kepadanya. Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur, dia bingkas bangun dan membuka bajunya,

“Wahai Sahabat, perhatikan badanku, adakah ada tempat yang tiada parut?”

“Tiada wahai Khalid,” jawab sahabat tersebut.

“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa Allah tidak menerima ku sebagai salah seorang Syuhada’nya? 

Adakah taubat ku dulu tidak diterima?” soal Khalid Al Walid.

Mendengar keluhan Khalid itu, sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “Kau tidak boleh syahid, Khalid. 

Kau telah dilantik sebagai Pedang Allah oleh Rasulullah dan Pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid Al Walid, dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia 

menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Illahi.



                           nasyid khalid al-walid - damai 



inilah perwira islam yang perlu kita contohi dan mengambil iktibar ...



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

KHULAFA' AR-RASYIDIN

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T