Hidupku dengan Ilmu

 Sudah lama aku tidak menjengah wall blog saya .

Pasti sudah berhabuk kan? .

Kini , saya sedar akan sebuah penulisan apabila saya cuba berjinak-jinak dengan menuntut ilmu  dan terus menuntut .

Walau saya sedar , saya tidak la sehebat yang disangka . Saya cuba untuk menghasilkan sesuatu daripada apa yang saya belajar akan tetapi saya tak tahu ingin memulai dari mana ? 


Dari mana dan ke mana ? 

Mengapa  saya tiba-tiba ada idea nak menulis .

Kerana  ada seseorang yang memberikan pendapatnya tentang ilmu . 

Yang membuatkan saya  berfikir sejenak . 

Adakah belajar hanya semata-mata menghadiri kuliah 

Kemudian amanah kita sebagai penuntut ilmu  dikira sudah selesai . 

Saya renung kembali kemungkinan dia belum dapat nikmatnya . 

Walau saya sendiri tidak lah dapat sepenuhnya nikmat tersebut. Akan tetapi saya yakin . Suatu masa nanti , saya mesti boleh . Ya , saya mesti boleh . Cuma macam saya cakap tadi tidak tahu ingin mula dari mana & ke mana ! .

Mencari dan terus mencari .

Explore manahij belajar .

Cuba membaca setiap yang dipelajari .

Alhamdulillah memahami dengan baik. 

Tapi tidak semua . 

Pada awalnya , semata-mata ingin mengisi masa lapang dengan bertalaqqi . Ya la , jikalau tidak ber talaqqi , ingin diisi dengan apa?  

Kalaulah benar- benar  memahami konsep belajar  , manhaj belajar dengan baik .

Dulu , tidak  tahu juga kenapa aku belajar ya ? 

Kenapa aku perlu usaha lebih- lebih ya ? 

Apa kegunaan berilmu nanti . 

Sedangkan nanti hanya bekerja kemudian selesai.  

Tak perlu belajar tidak mengapa . 

Itu pemikiran aku yang lugu  dahulu.

Sebelum aku benar- benar terjun dalam manhaj Al-azhar .

Orang cakap ' sembang kemaih , mana bukti?' 

kerana orang yang berilmu dan beramal pasti ada sajiyahnya namun jika beramal tanpa ilmu itu akan menjadi suatu yang sia- sia kerana dia sendiri tidak tahu apa yang dia amalkan . 

Justeru itu , molek lah kita terus belajar hidup dengan ilmu selagi hayat dikandung badan dan selagi diberi kesempatan untuk terus menuntut agar tidak ada sebarang penyesalan di kemudian hari . 


" MENUNTUT ILMU ADALAH TAKWA , MENYAMPAIKAN ILMU ADALAH IBADAH , MENGULANG-NGULANG ILMU ADALAH ZIKIR , MENCARI ILMU ADALAH JIHAD " 

Nukilan daripada kata- kata Imam Ghazali .


sekian , semoga beroleh manfaat 


Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

KHULAFA' AR-RASYIDIN

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T