Apa Dah Nak Jadi ???

Assalamualaikum w.b.t….


Selamat bertemu kembali bersama saya  dalam penulisan blog kali ini ..

Bersama - sama saya  mempunyai sebuah topik yang menarik "apa dah nak jadi??"

Jika berbual mengenai topik ini pasti ada yang menyangka bahawa topik ini membawa kepada perbincangan yang berat ….betulkan ???

Tapi kali ini saya akan membawa anda semua wahai pembaca sekalian kepada perbincangan yg ringkas iaitu perhubungan antara adik - beradik. 

Dalam erti kata lain, ia merangkumi hubungan kekeluargaan . Okey , saya mengambil skop yang luas iaitu ada mak saudara , bapa saudara ,sepupu-sepapat  and what ever yang seumpamanya….

Saya membahagikannya dalam bentuk soalan :-

Kenapa  kita tidak saling mengenali dengan rapat  antara keluarga sedangkan kawan rapat kita  pun kita boleh mengenalinya dengan lebih dekat dan kenapa tidak kepada adik - beradik???

Inilah persoalan yang sering  berlegar- legar dalam fikiran saya sebenarnya …
Setelah saya mencari -cari apakah asbabnya … iaitu  kita tidak pernah mempunyai niat untuk mengenali mereka

Wahai pembaca sekalian ,

Jika  tidak kenal maka tidak taaruf … ungkapan ini menunjukkan bahawa kita nak kenal  baru boleh taaruf …

Okey , what mean "taaruf"

Taaruf diambil dalam perkataan bahasa arab yang membawa maksud " berkenalan " dan juga boleh ditakrifkan sebagai " mengambil tahu dengan lebih dekat "

Bila dikatakan dengan kita kenal dan bertaaruf kita boleh mengenali seseorang itu  dengan mudah akan tetapi ia mengambil masa yang lama untuk betul -betul mengenalinya hatta kita mengambil 10 tahun misalnya pun tidak mencukupi untuk mengenali dirinya yang sebenar .. Oleh sebab itu mencari sahabat yang sejati   pun sukar inikan pula mengenali adik ,abang ,kakak dan seumpamanya …

Berkaitan soalan tadi , kenapa kita tidak cuba untuk memperEratkan lagi persaudaraan antara keluarga ?
Kerana kita tidak mempunyai kasih sayang . Kenapa saya kata tidak mempunyai kasih sayang , hal ini kerana , kasih sayanglah ia memperEratkan lagi hubungan kekeluargaan  dan sahabat- sahabat handal .

 Berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang membawa maksud,

 " tidaklah beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya "

Mari kita lihat pula pada perkataan yang saya gariskan iaitu saudara pada hadis  di atas :

Saudara di sini membawa maksud bukan sahaja sahabat  tetapi membawa maksud juga kepada kelurga kita ,saudara seislam kita ..

Bak perumpamaan arab "  kasih sayang seseorang islam itu diibaratkan semua penganutnya adalh keluarga "

Betapa indahnya islam …. Nah.. Tunggu apa lagi eratkanlah kasih sayang antara sepupu , keluarga , mak saudara , ayah saudara dan sebagainya …
Hal ini kerana , apabila kita mengeratkan silaturahim , Allah akan murahkan rezeki dan mendapat ganjaran yang besar …

Yang muda hormati yang tua
Yang tua sayangi yang muda
InsyaAllah aman dunia dan akhirat


Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

KHULAFA' AR-RASYIDIN

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T