PENDIDIKAN ALA RASULULLAH S. A. W

 Assalamualaikum wbt.....  wahai  pembaca  pembaca  sekalian yang setia  membaca pada ruang  bacaan blog  saya  nie......

Bismillahirahmanirahim.....

Saya  terdetik di dalam jiwa ingin menkongsikan sebuah informasi berkenalan pendidikan realiti  kini dengan  pendidikan  yang  telah  diutarakan  oleh  Rasulullah  kepada  kita  .Oleh  itu, saya  berharap pembaca  pembaca  dapat  Menerima  sebagai  pengetahuan  dan  pengajaran  dapat  di  ambil  daripada  artikel  ini  .

Dalam  realiti  kini  ,dakwah dan  pendidikan disisihkan  ke  tepi.  Jadi  berlakulah  permasalahan  di  antara  ibu  bapa  dan  guru dalam  bersama -sama  yang mendidik  anak -anak  agar  mendapat  pendidikan  yang  kamil,mendalam dan  tidak  memiliki  sifat  mazm umah  seperti biadab  dan  seumpamanya untuk  menghargai jasa  guru  dan  ibu  bapa.


Dalam  menyelesaikan apa jua cabaran dalam  dunia  pendidikan. Kaedah yang  diambil akan  menentukan  hasil keputusannya. Sering kita  terdengar pujangga barat  menyatakan  " it  is  not about what  do  you  aay  , More  on  how  do  you  say  !" ..

Oleh  sedemikian,  marilah  kita bersama -sama  menyelusuri  kaedah pendidikan  rasulullah s.a.w , kita  menghayati  dan  mengamalkannya  dalam  bentuk  konteks  yang  relatif  adalah  pilihan  yang  terbaik  .

Perkara   utama yang  perlu  kita  perhatikan  ialah  falsafah  pendidikan  rasulullah  yang  berkisar  tentang  memantapkan  Aqidah  .mengajak  aplikasi  syariat  Dan membentuk akhlak  yang  terpuji.


Apabila  akidah  mantap, praktis Ibadat menjadi  lebih  mudah  .Ini  akan  menghasilkan  budaya  praktikal  yang  lama -kelamaan  menjadi  akhlak  .Selain  itu,  dalam  aspek  pendidikan ala  rasulullah  bukan  sahaja  bertindak  sebagai  penyampai  ilmu  atau  dikenali  sebagai  Mu'allim  .Malah  baginda  juga berperanan  sebagai murabbi  yang  menggunakan  pendekatan  model  sebagai  kaedah tarbiah  jiwa -jiwa insan amnya  dan  bangsa  Arab jahilliyyah  pada  ketika  itu khususnya  ,
Berdasarkan  firman  Allah  yang bermaksud
" Demi  sungguhnya  , adalah  bagi kamu pada diri rasulullah s.a.w itu contoh ikutab yang baik , aiatu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredjaan Allah dan balasan baik hari akhirat , serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak (dalam masa susah dan senang )" -surah al-ahzab :21-

Pada waktu yang sama , rasulullah s.a.w sendiri membuat pengakuan bahawa baginda diutuskan  Allah s.w.t sebagai pendidik serta pembimbing  bagi memudahkan urusan orang lain. Perkara ini disebut di dalan sebuah hadis yang bermaksud
" Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan aku (muhammad) untuk menyusahkan umatku dan bukqb puka untuk menusahkan diriku Tetapi aku diutuskan sebagai pendidik yang memudahkan ." Hr Muslim

Terdapat beberapa kaedah pendidikan  yang digunakan oleh baginda .Antaranya  nenerusi sekurang-kurangnya empat kaedah pengajaran tereebut yang boleh dihayati  dan dipraktiskan sebagai kaedah asas pengajaran oleh pars guru hari ini .

1) KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W IALAH PENYAMPAIAN SYARAHAN :

A) khutbah
B) ceramah
C) halaqah
D) kelas

Kaedah ini merupakan penyampaian yang berbentuk penerangan sesuatu isi pengajaran secara lisan dan kaedah ini juga holeh mencetuskan perasaan hormat murid terhadap guru.

2) KAEDAH BERCERITABMERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA CARA MENYAMPAIKAN KANDUNGAN PENGAJARAN YANG BERTUJUAN MEMBERI IKHTIBAR .
* sirah
* akhlak
* motivasi
 Kaedah ini memerlukan kemahiran memanipulasikan intonasi suara , mimik muka , gaya tubuh imaginasi dan peralatan kesan tambahan seperti bantuan multimedia .
"Sebenarnya Alquran juga banyak menggunakan kaedag bercerita dalam memberi pengajaran kepada para sahabat dan kita secara umumnya "

3) KAEDAH SOAL JAWAB JUGA MERUPAKAN SALAH SATU KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH RAEULULLAHS.A.W . IA SANGAT SESUQI DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN YANG INTERAKTIF .KARDAH INI BUKWN SAHAJA UNTUK MENILAI KEFAHAMAN MURID TERHADAP KANDUNGAN PENGAJARAN  BAHKAN TERDAPAT BEBERAPA TUJUAN LAIN .KAEDAH INI DIGUNA PAKAIAN OLEH  RASULULLAH S.A.W KETIKA MENYAMPAIKAN ILMU KEPADA PARA SAHABAT .

Contoh hadis baginda yang bermaksud:
" Apakah pandangan kalian sekiranya terdapat sebatang  anak sungai di depan pintu rumah kamu  dan kamu mandi di sungsi tersebut lima kali sehari , akan adakah kekotoran pada badan kamu ?" Sahabat menjawab ."Tidak akan ada kekotoran sedikit pun": Nabi s.a.w membalas " Begitulah dengan solat lima waktu .akan terhapus segala dosa kalian ." -Hr Bukhari-

Rasulullah S.a.w juga mengadakan aktiviti perbincangan dan pendebatan dengan para sahabat .Tujuannya bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkara .Ia juga memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Disamping mengasah ketajaman berfikir , aktiviti sebegini mampu membina kreativiti murid , membentuk keyakinan diri dan mengajar sifat tolenrasi .

Begitu juga yang dipesan oleh saidina Umar Alkhattab agar kita mendidik anak generadi kitabmenggunakn kaedah yang sesuai dengan zaman mereka . ini kerana mereka tifak hidup zaman kita.

Dengan kepelbagaian kaedah inilah yang akan memastikan pencapaian sasaran tugas kita sebagai :
 *murabbi - membela atau memelihara
*mu'allim - mengajar atau menyampaikan ilmu
* mua'ddib - mendidik , memhimbing  dan mengasuh
* mursyid - membimbing , memandu dan menasihati
* mubaligh - menyebarkan kebenaran dan ilmu .

Akhir sekali, saya berharap perkongsian  ini membawa kepada penambahan ilmu pengetahuan kepada kita semua ....

    "YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH  DAN YANG BURUK ITU DATANG DARIPADA  DIRI SAYA SENDIRI  TAPI HAKIKATNYA KEDUA -DUANYA DARIPADA ALLAH."

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

KHULAFA' AR-RASYIDIN

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T