PEMUDA INSPIRASI ASHAB AL-KAHFI

Assalamualaikum.......

selamat tengah  hari kepada anda semua ......

semoga hari ini lebih baik daripada hari sebelumnya ....

 Itulah umat islam makin hari makin baik ... insyallah

Mari sama -sama kita kongsikan

 " Bagaimanakah mahu melahirkan generasi-generasi pemuda seperti ashab al-kahfi "

* Jawapannya  :

1) Taat pada agama 

* Hati mereka  lembut untuk menjadi anak yang soleh .
* Pemuda yang berkualiti untuk menerajui /memimpin masyarakat di sekeliling .
* Orang disekeliling yakin untuk  mengangkat mereka sebagai pemimpin dalam komuniti .
* Orang yang beriman sentiasa berada di dalam lindungan Allah sekalipun diterpa duri dugaan .

2) Ciri-ciri pahlawan 

* Gaya percakapan yang sopan -santun dan berbudi pekerti.
* Mempunyai personaliti yang dinamik .
* Dirinya teserlah dengan sebagai seorang insan yang memiliki maruah & jati diri yang unggul.
* Mempunyai keberanian  &keyakinan diri untuk berdiri & berdakwah  d ihadapan orang ramai .
* Mempunyai keterampilan berbicara dapat dipupuk dengan latihan istiqamah selain pendedahan demi pendedahan yang berterusan .

3) Lembut jiwanya

* Hati yang lembut mudah menerima perintah & larangan Allah
* Hatinya mudah tersentuh dengan ayat-ayat tegahan & perintah Allah
* Saat dia melakukan maksiat kepada Allah ,  dia menangis lantaran takut kepada -Nya
* Air matanya amat berharga di sisi Illahi
* Dia menangis kerana Allah ,bersih hati,bersih jiwa raganya .

4) Menghormati Wanita 

* Wanita di lihat sebagai hamba Allah dan amanah yang harus dijaga.
* Pemuda yang takut berzina =  pemuda yang hebat, umpama permata yang berkilau .

5) Mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu 

* Pendakwah perlu turun padang untuk membantu masyarakat dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki.
* Ruang perjuangan tidak hanya disekitar masjid malah perlu kreatif dalam mendekati rakan sebaya untuk menarik mereka mendekati agama .
* Seimbang & Sepadukan setiap ilmu  supaya peluang untuk berdakwah itu terbuka luas tanpa sempadan .
* Allah perintahkan kita supaya bertakwa kepada-Nya sedaya yang kita mampu , dalam apa-apa keadaan sekalipun , sama ada senang ataupun susah seperti firman-Nya yang bermaksud :

" Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut  kesanggupanmu  dan dengarlah serta taatlah , dan nafkahkan nafkah yang terbaik untuk dirimu ."
( surah al-Taqabun 64 :16) 



 wallahua'lam ......








Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

BIODATA KHALID AL-WALID - WIRA PERKASA

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T