BERBAKTI KEPADA IBUBAPA LEBIH BAIK DARIPADA IBADAT 2 JUTA TAHUN
Anas bin Malik r.a. telah berkata bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W . lapan soalan , sebagaimana berikut iaitu : 1. "Ya Rasulullah S.A.W.,yang manakah lebih engkau suka ,yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 100 rakaat ? " Sabda Rasulullah S.A.W. : " Sepotong roti yang engkau sedekah adalah lebih saya suka dari sembahyang sunat 100 rakaat ." 2. "Ya Rasulullah S.A.W., yang manakah engkau lebih suka antara menunaikan hajat seorang Muslim atau sembahyang sunat 1,000 rakaat ?" Sabda Rasulullah S.A.W. : " Menunaikan hajat seorang Muslim lebih saya sukai dari sembahyang sunat 1,000 rakaat ." 3. " Ya Rasulullah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang sunat 2,000 rakaat ?" Sabda Rasulullah S.A.W .: " Meninggalkan sesuap makanan haram adalah lebih saya sukai dari sembahyang sunat 2,000 rakaat ." 4. " Ya Rasulullah S.A.W., y...