DISIPLIN MURID Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi ialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Murid-murid ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti berbuat bising di dalam kelas, bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini dapat mengelakkan mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu pelajaran mereka seperti di denda oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya. Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan cemerlang dalam pelajaran. Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sunggu...
Comments
Post a Comment