Posts

Showing posts from February, 2014

Mukhoyyam Arabiy MASDAR 2014

PUISI UNTUK MENJADI PEMUDA KAHFI

Image
Assalamualaikum ...... Wahai pembaca sekalian renung - renung kanlah  apa yang dibicarakan  dan diutarakan kepada mu.....     Wahai  pemuda yang masih leka ,     Umur kita tidaklah panjang , Sebelum tubuh menjadi rangka, Ayuh segera bangkit berjuang. Pemuda kahfi jadikan pedoman , Contoh terpuji dalam Al-Quran , Rela tinggalkan kampung halaman , Demi menjaga takwa dan iman . Usia muda penuh dugaan , Silap langkah memakan diri , Jika tak kuat nafsu melawan , Sesal nanti di hujung hari. Carilah waktu merenung seketika , Apakah kita di landasan yang benar , Mohonlah syurga,takutlah neraka, Moga harapan kembali bersinar . Jangan tunggu sehingga tua , Hidup dan mati kita tak tahu, Kuatkan azam untuk berjaya, Allah Yang Esa berada disampingmu . nasyid perjuangan -saff one  wallahua'lam bisawwab ...................( :

7P PEMUDA AL-KAHFI

Image
Assalamualaikum warahmatullah hi  wabarakatuh ....... Ingin jadi seperti pemuda al-kahfi !!!!! Inilah resepinya : 1) Perwira , yang berani demi allah . 2) Perkasa , dalam meneggakkan iman . 3) Penganalisis , yang melangkau zaman . 4) Pejuang ,yang sejati dan contoh yang terbaik . 5) Pendamai , yang menyatukan silaturahim suci . 6) Pendahulu ,yang tampil untuk membelakangkan kesesatan . 7) Pemikir , yang berfikir berpaksikan hidayah Allah . Jadikan buku majalah Gen-Q  sebagai majalah harian anda semua......

PEMUDA INSPIRASI ASHAB AL-KAHFI

Image
Assalamualaikum....... selamat tengah  hari kepada anda semua ...... semoga hari ini lebih baik daripada hari sebelumnya ....  Itulah umat islam makin hari makin baik ... insyallah Mari sama -sama kita kongsikan   " Bagaimanakah mahu melahirkan generasi-generasi pemuda seperti ashab al-kahfi " * Jawapannya  : 1) Taat pada agama  * Hati mereka  lembut untuk menjadi anak yang soleh . * Pemuda yang berkualiti untuk menerajui /memimpin masyarakat di sekeliling . * Orang disekeliling yakin untuk  mengangkat mereka sebagai pemimpin dalam komuniti . * Orang yang beriman sentiasa berada di dalam lindungan Allah sekalipun diterpa duri dugaan . 2) Ciri-ciri pahlawan  * Gaya percakapan yang sopan -santun dan berbudi pekerti. * Mempunyai personaliti yang dinamik . * Dirinya teserlah dengan sebagai seorang insan yang memiliki maruah & jati diri yang unggul. * Mempunyai keberanian  &keyakinan diri untuk berdiri & berdakwah  d ihadapan orang ramai . *

7 JENIS MANUSIA YANG AKAN BERADA DI BAWAH NAUNGAN ARASY ALLAH TAALA

Assalamualaikum kepada pembaca semua...... Ana ingin berkongsi ilmu pengetahuan bersama anda semua ..... 7  jenis manusia di bawah naungan arasy Allah : 1)  Pemimpin yang adil . 2)  Pemuda yang taat  kepada perintah Allah S.W.T. 3)  Lelaki yang  dekat hatinya dengan masjid . 4)  Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T. 5)  Lelaki  yang diajak oleh seorang wanita untuk berzina , tetapi dia menolak dengan berkata  "aku takut kepada Allah S.W.T.". 6)  Lelaki yang bersedeqah secara bersembunyi tanpa timbul rasa riak . 7)  Lelaki yang suka bersendirian kerana mengingati Allah S.W.T. lalu mengalir air matanya kerana takut kepada Allah S.W.T.    Nabi SAW pernah bersabda : “Sesiapa diantara kamu yang berdoa, maka hendaklah dia menaruh harapan yang besar kepada ALLAh kerana ALLAh lebih besar daripada harapan itu…” wallahualam .......